Saturday, September 21, 2019

“Penulisan refleksi GKK 1043 Ujian Segak dan Ujian Bleep dan GKB 1053”






NAMA PELAJAR: WAN MUHAMMAD HASNAIN BIN WAN HASNI

ANGKA GILIRAN: 2019092350227

OPSYEN: PAI 6

UNIT: PAI 6 PPISMP JUN 2019






























Tugasan 4: “Penulisan refleksi GKK 1043 Ujian Segak dan Ujian Bleep”

Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kecemasan. Menurut Falls (1980) “Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan daripada ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya. 

   1.    Pelaksanaan Ujian Amali


Ujian segak terdiri daripada Indeks Jisim Badan (BMI), tekan tubi, naik turun bangku, jangkauan melunjur dan ringkuk tubi separa. Ujian amali SEGAK dan Bleep telah diketuai oleh unit PAI 1 secara bergilir-gilir mengikut urutan seperti yang telah diaturkan oleh pengerusi Ujian iaitu Arsyad. Setiap pelajar dibahagikan kepada dua stesen iaitu A dan B. Setiap stesen, ditugaskan untuk mengawal serta memberi penerangan tentang ujian yang dilakukan. Setelah selesai satu kelas, kelas yang lain akan bergilir-gilir mengelola ujian tersebut sehingga semua telah selesai dan selepas itu dikuti Ujian Bleep.

2.    Analisa Data yang Diperoleh Daripada Ujian SEGAK dan Ujian Bleep





Berdasarkan data sebelum dan semasa yang diperolehi daripada ujian SEGAK dan ujian Bleep , saya dapati tahap kecerdasan saya telah meningkat jika dibandingkan dengan ujian sebelum ini. Kadar Indeks Jisim Badan (BMI) saya juga meningkat daripada 23.9 sehingga 24.0. Walaupun kadar BMI saya telah meningkat, saya masih lagi dapat mengekalkan kadar BMI yang ideal iaitu 18.5 sehingga 24.9. Selain itu, saya juga memperolehi nilai maksimum dalam ujian ringkuk tubi separa iaitu sebanyak 25. Jika dibandingkan dengan sebelum ini telah berlaku peningkatan sebanyak lima angka daripada 20 kali dalam ujian ini. Di samping itu, saya telah berjaya melakukan tekan tubi sebanyak 43 kali berbanding ujian sebelum ini sebanyak 15. Jika diperhatikan, terdapat peningkatan yang agak drastik berbanding ujian sebelum ini. Bagi ujian naik turun bangku, tekanan nadi saya meningkat daripada 103 denyutan/minit sehingga 120 denyutan/minit berbanding ujian sebelum ini. Saya berjaya memperolehi sebanyak 37.5 cm dalam ujian jangkauan melunjur. Berpandukan analisa tersebut, saya dapati tiada perubahan yang berlaku dalam ujian sebelum dan selepas sepanjang ujian tersebut dijalankan. Akhir sekali, saya berjaya menambah jumlah larian dalam ujian Bleep iaitu dari aras 5.1 kepada aras 7.2.

3.    Kesan Senaman dari aspek Fisiologi Badan Manusia



Berpandukan keputusan Ujian SEGAK dan Ujian Bleep yang telah saya lakukan, saya dapati kesan senaman sangat mempengaruhi fisiologi dalam badan manusia. Fisiologi di sini merujuk pada fungsi dan proses dalam sistem tubuh badan manusia seperti sistem pernafasan, sistem peredaran darah dan sistem otot. Senaman menyebabkan peningkatan dalam sistem kardiovaskular dan daya tahan otot. Sebagai contoh, kita dapat melakukan kerja-kerja berat dalam jangka masa yang lama. Selain itu, senaman juga dapat meningkatkan keupayaan koordinasi badan contohnya, senaman naik turun bangku yang telah saya lakukan. Senaman ini dapat membaiki koordinasi badan dan juga mampu untuk meningkatkan kadar kardiovaskular badan kita. Akhir sekali, senaman juga mampu untuk meningkatkan kepantasan dalam pergerakan dalam diri seseorang. Misalnya, semasa ujian Bleep. Ujian Bleep ini sebenarnya menguji tahap kemampuan seseorang dalam melakukan aktiviti dalam jangka masa yang berpanjangan. Hasilnya, ia secara tidak langsung dapat melicinkan pengaliran darah ke tisu otot dengan lancar.

4.    Kesimpulan

Kesimpulanya, saya dapati tahap kesihatan saya dari segi kelenturan, daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan fleksibiliti tubuh badan saya berada dalam keaadan yang normal. Oleh sebab itu, saya perlu mempastikan tahap kesihatan saya sentiasa berada dalam keaadan yang sihat agar dapat menjalani hidup yang bahagia kerana ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’




1 comment:

  1. masyaallah! isu yang diutarakan mantap dan padat, semoga istiqamah dalam berbagi ilmu sesama kita aaminnn..

    ReplyDelete